Kapal Anda Karam...
Keadaan semakin genting. Kapal yang anda naiki telah mengalami kebocoran akibat terlanggar batu karang. Penumpang dalam keadaan kelam kabut dan tindakan mereka tidak terkawal. Apa yang ada dalam kotak pemikiran mereka ialah hanya untuk menyelamatkan diri mereka sahaja.
Air semakin memenuhi perut kapal. Pekikan manusia tidak lagi dapat difahami butirannya. Masing- masing hilang punca dan dibayangi dengan kematian.
Anda adalah sebahagian dari mereka ketika itu, maka apakah daya usaha anda untuk menyelamatkan nyawa sebanyak yang mungkin. Dalam masa yang sama anda juga memikirkan untuk menyelamatkan diri dan keluarga anda....
Maka beberapa langkah kecemasan perlu dilakukan oleh anda, antaranya :
- Pastikan ada bagi setiap penumpang tempat berpaut .
- Pastikan baju keselamatan dipakai .
- Bekalan yang mencukupi sebelum datang bantuan.
- Tingkatkan semangat untuk terus hidup dan tidak putus asa.
- Kesedaran bahawa membawa barang-barang yang tidak perlu akan menyebabkan mudah tenggelam atau karam.
Maka ketahuilah ramai manusia telah karam di lautan dunia yang melalaikan. Destinasi mereka adalah akhirat. Agama yang boleh menyelamatkan mereka telah mengalami kerosakan yang amat dahsyat.
Ramai manusia hilang pedoman. Ulama diperlekeh. Amalan agama dianggap menyekat kemajuan dan keseronokan hidup. Maka bukan itu sahaja, malah di dalam rumah kita agama telah jadi asing, kita sendiri yang rosakannya tanpa kita sedari. Sedangkan agama itulah satu-satunya penyelamat kita di dunia kecil ini dan di lautan akhirat kelak.
Maka beberapa langkah keselamatan perlu diambil oleh kita untuk menyelamatkan keadaan, antaranya ialah :
- Kuatkan pautan akidah.
- Pakaikan diri dengan pakaian keselamatan takwa.
- Sediakan bekalan amalan sebanyak mungkin.
- Sentiasa ada Roja'( harapkan rahmat) dan Khauf (takut pada kegelinciran iman).
- Tinggalkan amalan buruk semampu mungkin.
Jika anda masih berlengah dan bertangguh, mungkin hari ini, esok atau lusa, ada keluarga anda yang meninggalkan dunia, sedangkan perkara sewajibnya belum disediakan olehnya.
No comments:
Post a Comment