Sunday, 23 October 2011

BAGAIMANA ??


Kapal Anda Karam...


Keadaan semakin genting. Kapal yang anda naiki telah mengalami kebocoran akibat terlanggar batu karang. Penumpang dalam keadaan kelam kabut dan tindakan mereka tidak terkawal. Apa yang ada dalam kotak pemikiran mereka ialah hanya untuk menyelamatkan diri mereka sahaja.

Air semakin memenuhi perut kapal. Pekikan manusia tidak lagi dapat difahami butirannya. Masing- masing hilang punca dan dibayangi dengan kematian.

Anda adalah sebahagian dari mereka ketika itu, maka apakah daya usaha anda untuk menyelamatkan nyawa sebanyak yang mungkin. Dalam masa yang sama anda juga memikirkan untuk menyelamatkan diri dan keluarga anda....

Maka beberapa langkah kecemasan perlu dilakukan oleh anda, antaranya :

  • Pastikan ada bagi setiap penumpang tempat berpaut .
  • Pastikan baju keselamatan dipakai .
  • Bekalan yang mencukupi sebelum datang bantuan.
  • Tingkatkan semangat untuk terus hidup dan tidak putus asa.
  • Kesedaran bahawa membawa barang-barang yang tidak perlu akan menyebabkan mudah tenggelam atau karam.

Maka ketahuilah ramai manusia telah karam di lautan dunia yang melalaikan. Destinasi mereka adalah akhirat. Agama yang boleh menyelamatkan mereka telah mengalami kerosakan yang amat dahsyat.

Ramai manusia hilang pedoman. Ulama diperlekeh. Amalan agama dianggap menyekat kemajuan dan keseronokan hidup. Maka bukan itu sahaja, malah di dalam rumah kita agama telah jadi asing, kita sendiri yang rosakannya tanpa kita sedari. Sedangkan agama itulah satu-satunya penyelamat kita di dunia kecil ini dan di lautan akhirat kelak.

Maka beberapa langkah keselamatan perlu diambil oleh kita untuk menyelamatkan keadaan, antaranya ialah :

  • Kuatkan pautan akidah.
  • Pakaikan diri dengan pakaian keselamatan takwa.
  • Sediakan bekalan amalan sebanyak mungkin.
  • Sentiasa ada Roja'( harapkan rahmat) dan Khauf (takut pada kegelinciran iman).
  • Tinggalkan amalan buruk semampu mungkin.

Jika anda masih berlengah dan bertangguh, mungkin hari ini, esok atau lusa, ada keluarga anda yang meninggalkan dunia, sedangkan perkara sewajibnya belum disediakan olehnya.

Monday, 15 August 2011

PROGRAM AGIH BANTUAN 7 RAMADHAN 2011





BARU-BATU INI PAS KAW. KOTA MELAKA MENGAGIHKAN BANTUAN BERUPA BARANGAN KEPERLUAN DAPUR UNTUK WARGA YANG MEMERLUKAN. MEMANG SUMBANGAN INI TAK BESAR TAPI SEKURANG-KURANGNYA ADA NAK DI HULURKAN. BILA DAH MEMERINTAH NEGARA NANTI INSYA ALLAH KITA AGIHKAN KEKAYAAN NEGARA KEPADA RAKYAT.

HAH !... YANG KAU SI DACING SENGET TU BILA LAGI NAK KELUARKAN DUIT RAKYAT UNTUK DI AGIHKAN. INGAT ! ITU HARTA BUKAN KAU YANG PUNYA....... RAKYAT YANG
PUNYA....


ZIARAH  RUMAH IMAM 1 -  TELOK MAS 


ZIARAH MASYARAKAT AWAM

ZIARAH IMAM 2 - TELOK MAS


ZIARAH AHLI NELAYAN TELOK MAS

ZIARAH AL MALAK - YANG DI SAYANGI AYAHANDA HJ ZAKARIA SALLEH. PEMIMPIN KUMPULAN MAULID 'AL-JAZEERA QUBRA' TELOK MAS. DI ANGGOTAI ORANG MUDA SEBAGAI PELAPIS.


PEMANDANGAN HAMPIR SENJA DI JETI NELAYAN TELOK MAS. PONDOK NELAYAN DI BINA OLEH AHLI PERSATUAN. NAK TUNGGU BANTUAN KERAJAAN SAMPAI NI TAK SAMPAI. LAMPU JALAN PUN SUSAH NAK BAGI. 


ZIARAH AHLI YANG KURANG SIHAT. HJ MD YUNUS - BARUH



SEKITAR MALAM CERAMAH - SDR ADLY - PESURUH JAYA PAS MELAKA



INFAK UNTUK DI AGIHKAN



PROGRAM AGIHAN SUMBANGAN INI DI LAKUKAN DI SELERUH KAWASAN KOTA MELAKA.
PROGRAM ZIARAH AL MALAK DI SERTAI OLEH YB DATO MAHFUZ OMAR .


KETIBAAN YB


NAK BAGI TAU


Wednesday, 3 August 2011

CERAMAH UMUM - YB DATO HJ MAHFUZ OMAR

CERAMAH UMUM


YB DATO HJ MAHFUZ OMAR




TARIKH  : 7 OGOS 2011
MASA      : 9.30 MALAM
TEMPAT : PERKARANGAN PEJABAT PAS
                     KAWASAN KOTA MELAKA


SEMUA DI JEMPUT HADIR